10 tanda sah si dia benar mencintai kamu

aku taw mesti majoriti korang semua dah ade kapel kan???? aku rase sape-sape yang dah ade kapel sesuai sangat korang untuk membaca nie semua...tngok korang nyew pasangan tu adew tak ciri-ciri yang kat bwah nie....yang single cam aku nie pun memang patut gak bace sebab senang nnti nak cari kapel yang betul-betul mencintai kita..... so aku rajin kan diri aku untuk menaip nie semua khas untuk korang......jangan lah fikir nie semua asal dari kepala otak aku....nie semua aku copy lek dari satu majalah....so kalau bende nie semua tak btul jangan korang marah lak aku kate aku tipu.... so rajin-rajin lah bace ye.....





si dia bukan sahaja hadir dalam hidup mu saat kamu senang dan gembira, malah saat kamu

bersedih dan menghadapi kesusahan pun si dia tetap setia berada disamping mu




sanggup bersusah payah untuk mengadakan apa yang kamu mahu. Biarpun ada kalanya si dia terpaksa mengorbankan kehendaknya sendiri.




Bekerja keras mengumpul wang untuk membahagiakan kamu. Biarpun si dia tahu kamu punya wang sendiri dan kamu berasal dari keluarga yang kaya, namun dia tidak pernah terlintaspun untuk dia menumpang kesenangan yang ada.





si dia tidak akan pernah menyentuh kamu walaupun dalam hatinya terlalu inginkan kamu dalam perlukannya. Baginya selagi kamu masih belum sah bersamanya, selagi itulah si dia akan memastikan hubungan yang terjalin suci dan murni.




Berani untuk berjumpa orang tua kamu dan dia juga tidak pernah mengelak untuk membawa kamu bertemu keluarganya.






sentiasa menjaga hati kamu dam tidak pernah membuat kamu kecewa. Perkara yang akan dielakkannya adalah membuat kamu menangis.



si dia menegur setiap kesalahanmu bukan kerana untuk memalukan kamu, tetapi kerana terlalu sayangkan kamu dan tidak mahu kamu hanyut dengan kesalahan yang kamu lakukan.




Walaupun si dia tidak ada harta, namun dia tidak pernah lupa memberi hadiah pada kamu setiap kali hari penting kamu. Biarpun murah, namun ianya amat berharga.





si dia sentiasa melindungi dan mengawasi kamu supaya tidak akan ada orang yang merampas kamu daripadanya.





Si dia tidak pernah berasa takut ataupun malu untuk memperkenalkan kamu pada semua teman-teman dan saudara maranya. Ini menunjukkan si dia benar-benar ikhlas untuk memberitahu semua orang kamu adalah pilihan hatinya.

No comments:

Post a Comment